Friday 10 June 2011

kisah benar

Sudah sebulan berlalu, sejak aku pulang ke kampung bertemu orang tuaku.
Ketika zaman belajarku, aku mempunyai seorang kawan yang kurasakan agak unik, berbeza dengan pelajar lain. Namanya Arif. Ketika masih belajar dia menjalankan perniagaan bersama keluarganya, mengeluarkan produk Susu Kambing Merah. aku langsung tak ambil peduli dengan apa yang dilakukannya, apa itu susu kambing merah.
Sebulan yang lalu aku pulang ke kampung, ibu dan ayah ayah telah menyebut tentang susu kambing merah ini, bertanya dan meminta dicarikan Susu Kambing Merah ini, Nak hubungi Ariff, asyik tak sempat saja, Aku pun terlupa tentang pesanan orang tuaku untuk dapatkan susu kambing merah ini.
Petang ini aku kembali ke kampung, aku lihat kedua orang tuaku menyambut dengan penuh kegembiraan, senyuman, walaupun muka badan berpeluh-peluh berkebun, membersihkan halaman. Ayah aku lihat semakin aktif, bertenaga. Mak pula aku lihat semakin berseri-seri senyumannya. Mak nampak bertambah sihat, tegap menuruni tangga rumah. Tiada lagi kedengaran batuk, lelah dan asma yang dihidapinya.
Apa yang aku cuba luahkan ini bukan kerana ingin mempromote Susu Kambing Merah ni, Tulisan ini adalah kerana kekesalan aku terhadap Susu Kambing Merah ini, dan kesalnya aku kerana sikap ambil mudah aku terhadap orang tua. Kenapa bukan aku yang mula-mula memperkenalkan Susu Kambing Merah ini pada orang tuaku, Kenapa setelah mereka minta pun, aku tidak mencarikan untuk mereka sedangkan aku tahu bahawa mereka adalah segalanya untuk aku.

3 comments: